I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday 19 July 2011

Kayuhan Jantung Sihat sempena "Karnival Anda Yakin Anda Sihat" Kg Jenjarom

Salam Jom Kayuh.
Alhamdulilllah diberi kesempatan 
untuk bernafas sehingga ke saat ini walaupun dalam keadaan cuaca
 yang kian tidak menentu. Sesungguhya kesihatan diri amatlah perlu 
dijaga sebaiknya.

Pada 15-17/7/2011 yang lalu, satu program 
"anda yakin anda sihat" 
dibawah kelolaan JKKP Kg Jenjarom dengan kerjasama
Belia 4B Malaysia cawangan Kuala Langat telah dilangsungkan.

Pelabgai acara menarik telak direncanakan bagi 
merancakkan lagi karnival tersebut. 
Program bermula dengan ceramah agama
yang telah disampaikan oleh Us. Aluwi Parman
pada Jumaat malam. Kehadiran sangat memberangsangkan. Ia menggambarkan betapa
program seperti ini amat mendapat sambutan dari seluruh masyarakat.

Kemudian disusuli pelbagai acara pada Sabtu pagi.
Pelancaran program telah dijalankan pada jam 8.30 pg oleh Pengarah 
Kesihatan negeri selangor mewakili Timbalan Menteri 
Kesihatan Malaysia.

Pada pagi tersebut telah dimeriahkan oleh lautan 
pengunjung yang terdiri dari penduduk kampung jenjarom dan kampung berdekatan.
Selain itu ahli-ahli pelatih PLKN turut serta memeriahkan karnival ini.

Sepanjang program tersebut KelabJomKayuhJenjarom 
turut membuka 1 booth yang menawarkan perkhidmatan khidmat 
nasihat berkaitan basikal,pameran basikal jenis MTB,Fixie serta klasik.
Selain itu mereka yang ingin menyertai KelabJomkayuh Kayuh 
juga diberi peluang mendaftar dengan yuran yang berpatutan.
Permainan Pocket bike juga turut menarik perhatian.

Pada sebelah tengahari diadakan pertandingan basikal perlahan yang menarik 
40 penyertaan dari jenis basikal fixie dan MTB.
penyampaian hadiah acara tersebut telah disempurnakan oleh 
YB Dato Hasiman Sidom

Pemenang Basikal Perlahan

YB Hasiman menyampaikan hadiah diiringi Sdr Zurihan dan En Ma'amin

Danial: pemenang basikal perlahan
Pada petang tersebut turut diadakan acara yang begitu menarik
perhatian ramai iaitu Panjat tiang licin serta tarik tali yang menawarkan hadiah lumaian
bernilai RM 1000.00.





Program ini juga turut dimeriahkan oleh pertandingan nasyid 
pada sebelah malam minggu dan disusuli oleh
Perlawanan Akhir dam haji
yang berlarutan sehingga jam 01.00 pagi.


Hari yang ditunggu2 telah pun tiba,dimana peserta2 kayuhan
akan mengerah tenaga bagi menghadapi cabaran dan rintangan 
dalam Mini Jamboree Jenjarom sempen Karnival Anda Yakin Anda Sihat.
Pendaftaran bermula seawal jam 7.15 pg. Rata-rata peserta datang dari Kg Jenjarom,Sri cheding,
Sg Kelambu, Sijangkang dan ada juga dari Damansara serta Shaha Alam.
Kayuhan pagi tersebut telah menarik 200 pengayuh dari basikal jenis Fixie serta fixie.

Pendaftaran peserta




senamrobik bersama Sdr Zurihan dan Sdr Ma'amin





Pengayuh diberi Surat khabr percuma oleh Sinar Harian
                     



Para pengayuh dilepaskan jam 9 pagi dan dipecah kepada 2 bahagian 
dimana basikal jenis fixie menuju ke sri cheding dan basikal 
jenis MTB menuju ke Bkt Kemandul.














rider terbaik seantero dunia









setelah hampir satu jam setengah mengayuh, 
peserta tiba ditapak karnival semula.







bergambar kenangan