I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday 21 November 2011

1001 kayuhan Amal bersama Dato Sulaiman Karli dari Sijangkang ke kelanang

PROGRAM 1001 KAYUHAN AMAL 1MALAYSIA
DARI SIJANGKANG KE KELANANG GAH DAPAT SAMBUTAN

Program ini adalah anjuran Penyelaras UMNO Bahagian  Kuala Langat
Yang diterajui oleh YB Dato Sulaiman B Mohd Karli.
Kayuhan dilangsungkan pada 20/11/2011 yang lalu.
Program ini Berjaya menarik lebih dari 1200 orang pengayuh dari seluruh Kuala Langat
 Termasuk pengayuh-pengayuh dari luar.
Ianya boleh dianggap berjaya keranan program ini julung-julung kalinya berlangsung di sini.






Peserta-peserta kayuhan dilepaskan oleh YB Dato Seri Shafie B Salleh diiringi oleh
Dato Abdul Fatah B Iskandar bermula di Taman Pahlawan,Telok Panglima Garang.
Kemudian konvoi ini berhenti di Jenjarom dengan disambut oleh 300 pengayuh dari Jenjarom
Bagi meneruskan perjalanan ke Bangunan UMNO Kuala Langat yang mana seramai 500 pengayuh lagi menunggu di sana.











Vip yang turut serta mengayuh pada pagi tersebut termasuk Dato Sulaiman Karli,Dato Rahman Yassin,YB Hasiman Sidom serta Saudara Zurihan Yusof,Ketua Pemuda Bahagian Kuala Langat.
Pelbagai jenis basikal yang turut serta pada pagi ini termasuk MTB,Fixie,BMX,Folder Bike disamping Vintage bicycle serta beberapa basikal unik yang direka khas warga setempat.

Jam 10.30 pagi konvoi tiba di Pantai Kelanang dengan selamatnya. Maka berlangsunglah himpunan pengayuh-pengayuh yang cukup bersemangat lagi sejak bermula kayuhan setelah berkayuh sejauh 40km.

Di Pantai Kelanang juga turut berlangsung perlawanan Bola sepak Pantai
Yang disertai anak-anak muda dari penduduk setempat.

Kemudian berlangsung acara penyampaian sumbangan
Kepada fakir miskin,ibu tunggal,anak-anak yatim dan golongan kurang bernasib baik.

Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia.
Beliau juga turut teruja dengan sambutan yang diberikan oleh masyarakat di sini.
Majlis juga diserikan dengan acara cabutan bertuah yang menyajikan 8 buah basikal
Serta hadiah-hadiah sampingan lain.












Sebelum pulang, pengayuh-pengayuh seluruhnya disajikan dengan makan tengahari.
Sesungguhnya program seperti ini amat diharapkan penganjurannya kerana ia amat
Bermanfaat disamping mengeratkan sillaturahim serta memupuk semangat bersukan dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Tahniah diucapkan kepada penganjur atas inisiatif mewujudkan acara seperti ini.


Monday 14 November 2011

kayuhan amal 1 KUALA LANGAT


1001 kayuhan Amal bersama Dato Sulaiman Karli dari Sijangkang ke Morib

Salam JomKayuh..
Kayuhan Amal ke Pantai Morib
Tarikh: 20/11/2011
Hari: Ahad
Masa: 7.30pg
Flag off dari taman pahlawa- check point 1; Jenjarom- check point 2: UMNO K.Langat
Terbuka kepada semua Jenis Basikal
Jarak : 30km
Aktiviti: 7.30pg, Kayuhan Bermula.....
Cabutan bertuah disediakan...
Ayuh! kayuh.............capai 1000 rider...

Saturday 12 November 2011

Kayuhan Qurban KJKJ ft. Kelab Berbasikal SK Jenjarom

Salam Jom Kayuh...
Alhamdulillah kita telah menyambut Hari Raya Aidiladha baru-baru ini
dan telah tercetus ilham untuk mengadakan aktiviti Kayuhan Qurban.
Kayuhan kali ini adalah gabungan KelabJomKayuhJenjarom bersama satu kelab baru
yg boleh dianggap sebagai adik atau junior iaitu Kelab Berbasikal Sekolah Kebangsaan Jenjarom.
Tahniah...atas usaha mewujudkan satu lagi kelab yg terdiri dari guru-guru sekolah ini.
 Dengar-dengar ada 20 org rider tegar... Insya Allah akan terjalin ikatan antara semua rider..
Kayuhan berlangsung pada 4/11/2011. Semua rider berkumpul di rumah Tuan 
Presiden KJKJ pada jam 7.30pg. Kayuhan bermula jam 8pg.

Mengah....terlebih makan daging

Presiden KJKJ













Alamak...ad signboard ni la...so kne patuhi had laju...tak boleh lebih



 Terima kasih semua rider sebab memeriahkan kayuhan Qurban kali ni..







ekspedisi berbasikal ke rumah anak yatim sg buaya

Salam jom kayuh..
Alhamdulillah diberi ruang untuk menyambung nafas lagi hingga ke saat ni..
Program Ekspedisi berbasikal SK Jenjarom bersama rider KJKJ telah 
dilaksanakan pada 22 okt 2011..
Peserta terdiri dari 40 org murid tahun 6, 12 org guru, 10 rider KJKJ
serta diiringi oleh sepasukan anggota polis serta 10 kenderaan lain bagi membantu melancarkan perjalanan.


Semua rider brlepas pada jam 8.30 pg setelah dirasmikan oleh YDP PIBG
Sekolah Kebangsaan Jenjarom, En Mohd Noor Bin Radiman

Marshall yg terbaik...terima kasih abg n kakak polis

Us Herman semakin hari semakin laju

Gambar kenangan di rumah Penyayang Bestari Kg Sg Buaya

Puncak Makam Sultan Selangor berjaya ditawan

Nah! terbaik la korang

Perjalanan pulang yg terpaksa meredah hujan

KJKJ Rider

Selamat sampai di Kg Jenjarom Jam 4 ptg..

Walaupun ada sedikit kecacatan dalam program ini,ia tetap berjalan lancar.
Tahniah kepada adik2 yg berani menyahut cabaran 70km. sekurang-kurangnya menjadi
pendorong dan pembakajr semangat untuk rider2 lain yang baru berjinak-jinak dengan sukan ini..

Salam Jom Kayuh

Salam Jom Kayuh..
Apa khabar kawan2 rider lain..???
Harap sihat la ye...
Sorry dah lame x update blog ni...
ad problem gn web hari tu....
da hampir putus asa nak handle blog ni...
Mujurlah semangat da kembali lagi....harap semua bagi sokongan..
saje nak update serba sedikit aktiviti riadah kelab kami ni...
Alhamdulillah kami masih aktif dengan kayuhan yang satu masa dulu menjadi kegilaan.
Syukur ahli kelab dah makin bertambah..Jadi semangat mengayuh dah kembali setelah bercuti Ramadhan
 dan Syawal..
Minum pagi di kedai mamak saujana putra
da mula kemaruk doktor ni
salah satu sebab kenapa ramai rider masuk kemandol tiap
minggu... jambu free...
    
Kayuh Di Saujana Putra