I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday 21 November 2011

1001 kayuhan Amal bersama Dato Sulaiman Karli dari Sijangkang ke kelanang

PROGRAM 1001 KAYUHAN AMAL 1MALAYSIA
DARI SIJANGKANG KE KELANANG GAH DAPAT SAMBUTAN

Program ini adalah anjuran Penyelaras UMNO Bahagian  Kuala Langat
Yang diterajui oleh YB Dato Sulaiman B Mohd Karli.
Kayuhan dilangsungkan pada 20/11/2011 yang lalu.
Program ini Berjaya menarik lebih dari 1200 orang pengayuh dari seluruh Kuala Langat
 Termasuk pengayuh-pengayuh dari luar.
Ianya boleh dianggap berjaya keranan program ini julung-julung kalinya berlangsung di sini.






Peserta-peserta kayuhan dilepaskan oleh YB Dato Seri Shafie B Salleh diiringi oleh
Dato Abdul Fatah B Iskandar bermula di Taman Pahlawan,Telok Panglima Garang.
Kemudian konvoi ini berhenti di Jenjarom dengan disambut oleh 300 pengayuh dari Jenjarom
Bagi meneruskan perjalanan ke Bangunan UMNO Kuala Langat yang mana seramai 500 pengayuh lagi menunggu di sana.











Vip yang turut serta mengayuh pada pagi tersebut termasuk Dato Sulaiman Karli,Dato Rahman Yassin,YB Hasiman Sidom serta Saudara Zurihan Yusof,Ketua Pemuda Bahagian Kuala Langat.
Pelbagai jenis basikal yang turut serta pada pagi ini termasuk MTB,Fixie,BMX,Folder Bike disamping Vintage bicycle serta beberapa basikal unik yang direka khas warga setempat.

Jam 10.30 pagi konvoi tiba di Pantai Kelanang dengan selamatnya. Maka berlangsunglah himpunan pengayuh-pengayuh yang cukup bersemangat lagi sejak bermula kayuhan setelah berkayuh sejauh 40km.

Di Pantai Kelanang juga turut berlangsung perlawanan Bola sepak Pantai
Yang disertai anak-anak muda dari penduduk setempat.

Kemudian berlangsung acara penyampaian sumbangan
Kepada fakir miskin,ibu tunggal,anak-anak yatim dan golongan kurang bernasib baik.

Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia.
Beliau juga turut teruja dengan sambutan yang diberikan oleh masyarakat di sini.
Majlis juga diserikan dengan acara cabutan bertuah yang menyajikan 8 buah basikal
Serta hadiah-hadiah sampingan lain.












Sebelum pulang, pengayuh-pengayuh seluruhnya disajikan dengan makan tengahari.
Sesungguhnya program seperti ini amat diharapkan penganjurannya kerana ia amat
Bermanfaat disamping mengeratkan sillaturahim serta memupuk semangat bersukan dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Tahniah diucapkan kepada penganjur atas inisiatif mewujudkan acara seperti ini.


No comments:

Post a Comment