I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday 23 May 2011

Salam Jom Kayuh
Alhamdulillah diberikan nyawa sehingga ke hari ini 
untuk menempuh segala dugaan dan cabaran seharian.

Untuk beberapa minggu ini, KJKJ berehat untuk melaksanakan lain-lain tugas
yang perlu diselesaikan, lebih-lebih lagi cuti persekolahan 
yang bakal bermula. Ia pasti penuh
dengan Jemputan majlis perkahwinan jiran tetangga.

Ahad lepas Kelab Jom KayuhJenjarom telah menerima 
jemputan perkahwinan anakanada Saudara Aban.

Pengantin diiring dengan beberapa buah basikal
dari KJKJ. Yang uniknya pasangan pengantin
diarak dengan beca yang didatangkan khas dari 
Kg Sijangkang. Iabetul-betul memukau pengunjung
yang hadir pada hari tersebut.

Semoga KJKJ diberi peluang sebegini
selain dapat mengeratkan sillaturahim serta mempromosikan
sukan basikal sekali gus memperkenalkan KJKJ
kepada masyarakat setempat mahupun masyarakat luar.

Wednesday 18 May 2011

Santai to Morib malam "wesak day"

Salam Jom Kayuh
Setelah mengayuh di jalan off road di Kemandul tempoh hari,
Kelab Jom Kayuh mengadakan kayuhan santai 
ke Pantai Morib.
Hampir 40 buah basikal berjaya dikumpulkan dari pelbagai jenis termasuk
MTB dan FIXIE. 
Kayuhan bermula jam 9.45 malam.
Walaupun pada mulanya hujan renyai-renyai turun,
namun tidak menghalang sedikit pun mud kayuhan
semua rider.
Jam 10.30 malam semua rider tiba di Pantai Morib dan berkumpul 
di tengah-tengah dataran sebelum sedikit jamuan ringan 
diadakan di Kedai Makan Juvita.
Jam 12.30 tgh malam, semua rider memulakan kayuhan semula untuk
pulang ke rumah masing-masing.
Sukacita diingatkan bahawa aspek keselamatan adalah sangat diutamakan
bagi setiap penunggang termasuklah memakai helmet dan pakaian sukan yang selengkapnya
supaya tiada apa-apa yang tidak diingini berlaku.
Sesungguhnya mencegah lebih baik dari mengubati.

* Maaf, tiada gambar untuk di upload. Resolution kamera yang digunakan malam tersebut kurang memuaskan. Kami akan usahakan yang terbaik untuk akan datang*

Kayuhan Kemandul ( 15/5/2011)

Salam Jom Kayuh...
Alhamdulilah diberi kesihatan hingga
ke hari ini. Aktiviti mingguan kelab bagi
mengisi masa yang terluang seperti biasalah mengadakan latihan stamina
dan meningkatkan kemahiran dalam mengendalikan kayuhan.
Minggu ni kami menjelajah ke trek yang agak mencabar
di Bukit Kemandul dan Tangga Malai.
Pagi ini seramai 20 orang rider memberanikan diri 
untuk merentasi jalan yang penuh liku.







Setelah hampir sejam mengharungi jalan2 penuh mencabar
kami bertemu dengan beberapa kelab basikal dari 
luar, seperti Kelab Kayuh Beb dan yang 
lain-lain lagi.
Kami berehat di ladang jambu yang terletak tidak jauh 
dari trek yang kami lalui..
Kami disambut baik dan disajikan dengan buah-buah jambu segar dari ladang.
Tak menang tangan Tuan Presiden Kelab
bila dibekalkan dengan jambu. Maklumlah, hanya berkenderaankan basikal sahaja.
Apa pun kayuhan pada hari ni cukup menyeronokkan dan begitu santai.

bab makan, memang dua beradik ni tak ketinggalan..

Terima kasih En. Harun sudi bersama kkelab

Selamt pulang semua


Sunday 15 May 2011

Putrajaya Inter-Park Ride 8th Edition 2011

Salam Jom Kayuh,
Seminggu selepas menyertai 
Mini Jamboree Sg.Kelambu, Kelab Jom Kayuh Jenjarom amat terpanggil
untuk menyertai Kayuhan Putrajaya yang diadakan di 
Taman Botani merentasi Taman Wetland, seterusnya mendaki 
Saujana Hijau.
Pada Hari ini, Kelab Jom Kayuh Jenjarom 
menghantar 16 buah basikal yang menggabungkan pengayuh senior dan baru yang mahu
mencabar ketahanan fizikal dan mental. 
Seawal 6.30 pagi kami berkumpul dan terus bergerak ke Taman Botani Putrajaya.

Pada hari tersebut telah berjaya mengumpulkan 
lebih dari 800 buah basikal dari seluruh Lembah Klang. Ianya satu
pencapaian yang amat membanggakan kerana mendapat sambutan
dari semua pihak. Baik dari Pertubuhan,jabatan,kelab, mahupun orang awam termasuk selebriti terkenal seperti Ezlynn, Arash Mohd dan Khairil Jamaluddin.

Kayuhan dimulakan jam 9.00 pagi dan telah disempurnakan oleh 
Tan Sri Shamsuddin B. Osman.


Laluan pada hari tersebut sejauh 35km dan merupakan 
kesinambungan daripada trek siri 6 dan 7. Trek-trek ini adalah sebahagian 
daripada laluan untuk jamboree yang akan dirancang oleh pihak penganjur 
pada November nanti.

Antara trek yang menarik telah dilalui adalah meredah tasik 
di Taman Wetland.







Selain meredah perjalanan yang penuh liku, 
peseta juga turut di beri taklimat mengenai tumbuhan-tumbuhan yang terdapat
di sekeliling taman.

Setealh meredah jalan "off road", cabaran yang betul-betul menguji fizikal dan mental
telah menanti di Saujana Hijau. 
Bagi pengayuh yang baru menjinakkan diri dalam hobi ini,
memang betul-betul terkejut dan begitu teruji segala kudrat bagi
menjejakkan kaki di puncak Saujana Hijau.
Tetapi, tidak semua peserta 
mengayuh dan mendaki di Saujana Hijau, hanya yang betul-betul kental serta tabah menjejakkan kaki di puncak. Ia memang sesuatu yang sukar dan menguji ketahanan diri. 




Kayuhan ditamatkan pada jam 11.30 tgh.
Semoga aktiviti seperti ini berjaya menambat hati semua pihak
serta membudayakan generasi sihat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Mini Jamboree Sg.Kelambu

Salam jom kayuh..
1/5/2011 lepas, hari ahad, bersempena dengan cuti 
Hari Pekerja/Buruh, Kelab berbasikan D Lereng
telah menganjurkan satu mini jamboree 
yang telah berjaya menghimpunkan hampir 
350 buah basikal yang datangnya dari pelbagai kelab berbasikal 
sekitar Kuala Langat.


KelabJomKayuhJenjarom(KJKJ) juga turut menghantar penyertaan
sebayak lebih daripada 20 buah basikal.
Tanpa memikirkan rasa letih dan penat,
seluruh peserta mengayuh seawal 7 pagi daripada 
Kg Jenjarom menuju ke Kg Sg Kelambu.
Perjalanan itu mencecah hampir 20km.

Setibanya di sana pada jam 7.45 pg, para peserta lain sudah 
pun bersiap sedia di garisan permulaan. Mujurlah 
kami sempat sampai sebelum acara pelepasan dilakukan.


Laluan pada hari tersebut boleh dikatakan mencabar. 
Trek mencecah 47km bermula di Kg Sg Kelambu
dan merentasi trek "off road" yang menguji ketahana fizikal dan mental.
Peserta melalui Kg. Olak Lempit dan berhenti rehat sebentar.
Di sana, kami disambut baik oleh JKKK Kg. Olak Lempit.






Setelah 15 minit berehat, perjalanan diteruskan 
ke Kg Bukit Changgang dan melintasi Kg Labohan Dagang.
Lebih kurang jam 11.30 pagi semua peserta menamatkan kayuhan di Kg Sg Kelambu
dimana tempat bermulanya kayuhan pada pagi tersebut.
setibanya di garisan penamat, peserta dijamu dengan sup lembu untuk 
menambah "power" setelah penat mengayuh sebelum majlis 
penutup dijalankan.

Acara penutup begitu meriah berlangsung pada jam 12.30 tgh.
para peserta masing-masing mengharapkan untuk 
memenangi cabutan bertuah berupa basikal.

Adalah diharapkan acara-acara seperti ini 
lebih kerap 
dianjurkan. Selain menambahkan kesihatan tubuh badan, 
kita juga dapat 
menjalinkan sillaturahim serta berkenalan dengan rider-rider dari luar
dan bertukar-tukar pendapat sesama sendiri.









Saturday 14 May 2011

Salam Perkenalan

Salam.
Pertamanya bersyukur tidak terhingga kerana dapat mewujudkan sebuah blog 
yang sedikit sebanyak dapat memaparkan serta memberitahu serba sedikit tentang
pergerakan kelab kami. 

Semoga dengan tetubuhnya blog ini kita sama-sama
 dapat berkongsi dan bertukar-tukar
pendapat tentang hobi ini.

Disamping itu, kita juga sama-sama dapt mengeratkan 
sillaturahim di antara ahli mahupun bukan.
Adalah diharapkan supaya kita dapat melontarkan pendapat 
dan dikongsikan bersama. Insya-Allah.