Salam Jom Kayuh,
Seminggu selepas menyertai
Mini Jamboree Sg.Kelambu, Kelab Jom Kayuh Jenjarom amat terpanggil
untuk menyertai Kayuhan Putrajaya yang diadakan di
Taman Botani merentasi Taman Wetland, seterusnya mendaki
Saujana Hijau.
Pada Hari ini, Kelab Jom Kayuh Jenjarom
menghantar 16 buah basikal yang menggabungkan pengayuh senior dan baru yang mahu
mencabar ketahanan fizikal dan mental.
Seawal 6.30 pagi kami berkumpul dan terus bergerak ke Taman Botani Putrajaya.
Pada hari tersebut telah berjaya mengumpulkan
lebih dari 800 buah basikal dari seluruh Lembah Klang. Ianya satu
pencapaian yang amat membanggakan kerana mendapat sambutan
dari semua pihak. Baik dari Pertubuhan,jabatan,kelab, mahupun orang awam termasuk selebriti terkenal seperti Ezlynn, Arash Mohd dan Khairil Jamaluddin.
Kayuhan dimulakan jam 9.00 pagi dan telah disempurnakan oleh
Tan Sri Shamsuddin B. Osman.
Laluan pada hari tersebut sejauh 35km dan merupakan
kesinambungan daripada trek siri 6 dan 7. Trek-trek ini adalah sebahagian
daripada laluan untuk jamboree yang akan dirancang oleh pihak penganjur
pada November nanti.
Antara trek yang menarik telah dilalui adalah meredah tasik
di Taman Wetland.
Selain meredah perjalanan yang penuh liku,
peseta juga turut di beri taklimat mengenai tumbuhan-tumbuhan yang terdapat
di sekeliling taman.
Setealh meredah jalan "off road", cabaran yang betul-betul menguji fizikal dan mental
telah menanti di Saujana Hijau.
Bagi pengayuh yang baru menjinakkan diri dalam hobi ini,
memang betul-betul terkejut dan begitu teruji segala kudrat bagi
menjejakkan kaki di puncak Saujana Hijau.
Tetapi, tidak semua peserta
mengayuh dan mendaki di Saujana Hijau, hanya yang betul-betul kental serta tabah menjejakkan kaki di puncak. Ia memang sesuatu yang sukar dan menguji ketahanan diri.
Kayuhan ditamatkan pada jam 11.30 tgh.
Semoga aktiviti seperti ini berjaya menambat hati semua pihak
serta membudayakan generasi sihat dalam kalangan rakyat Malaysia.
No comments:
Post a Comment