Salam jom kayuh..
1/5/2011 lepas, hari ahad, bersempena dengan cuti
Hari Pekerja/Buruh, Kelab berbasikan D Lereng
telah menganjurkan satu mini jamboree
yang telah berjaya menghimpunkan hampir
350 buah basikal yang datangnya dari pelbagai kelab berbasikal
sekitar Kuala Langat.
KelabJomKayuhJenjarom(KJKJ) juga turut menghantar penyertaan
sebayak lebih daripada 20 buah basikal.
Tanpa memikirkan rasa letih dan penat,
seluruh peserta mengayuh seawal 7 pagi daripada
Kg Jenjarom menuju ke Kg Sg Kelambu.
Perjalanan itu mencecah hampir 20km.
Setibanya di sana pada jam 7.45 pg, para peserta lain sudah
pun bersiap sedia di garisan permulaan. Mujurlah
kami sempat sampai sebelum acara pelepasan dilakukan.
Laluan pada hari tersebut boleh dikatakan mencabar.
Trek mencecah 47km bermula di Kg Sg Kelambu
dan merentasi trek "off road" yang menguji ketahana fizikal dan mental.
Peserta melalui Kg. Olak Lempit dan berhenti rehat sebentar.
Di sana, kami disambut baik oleh JKKK Kg. Olak Lempit.
Setelah 15 minit berehat, perjalanan diteruskan
ke Kg Bukit Changgang dan melintasi Kg Labohan Dagang.
Lebih kurang jam 11.30 pagi semua peserta menamatkan kayuhan di Kg Sg Kelambu
dimana tempat bermulanya kayuhan pada pagi tersebut.
setibanya di garisan penamat, peserta dijamu dengan sup lembu untuk
menambah "power" setelah penat mengayuh sebelum majlis
penutup dijalankan.
Acara penutup begitu meriah berlangsung pada jam 12.30 tgh.
para peserta masing-masing mengharapkan untuk
memenangi cabutan bertuah berupa basikal.
Adalah diharapkan acara-acara seperti ini
lebih kerap
dianjurkan. Selain menambahkan kesihatan tubuh badan,
kita juga dapat
menjalinkan sillaturahim serta berkenalan dengan rider-rider dari luar
dan bertukar-tukar pendapat sesama sendiri.
No comments:
Post a Comment