Salam Jom Kayuh..
Alhamdulillah, selesai sudah
Program Mesra Rakyat Kg. Jenjarom.
Tahniah kepada JKKK Kg. Jenjarom di atas usaha bagi menyatu padukan
seluruh penduduk Kg Jenjarom.
Sesunggguhnya program-program seperti ini
dapat mengeratkan hubungan sillaturahim sesama penduduk.
Terima kasih juga diucapkan kepada YB Philip Tan Chun Swee
kerana sudi turun padang pada hari berkenaan.
Pada jam 7.30 pagi rata-rata pengayuh telah tiba di Dewan Orang Ramai
Kg Jenjarom untuk mendaftarkn diri serta berkumpul
sebelum menunggu acara pelepasan yang akan disempurnakan oleh YB dan Ketua Kampung
Jenjarom.
Kira-kira 60 orang pengayuh yang terdiri dari warga jenjarom sendiri.
Tidak ketinggalan beberapa pengayuh wanita yang turut tidak ketinggalan
untuk menyertai kayuhan santai ini. tepat jam 8.30 pagi pengayuh telah dilepaskan
menuju ke Kg Seri Cheding dan Kg Orang Asli Busut Baru.
Peserta tiba di Dewan Orang Ramai Kg Jenjarom |
Hj Ma'arus dan Haryiz antara pengayuh2 tegar yang tidak pernah ketinggalan mengikuti aktiviti berbasikal |
Sdr Marhalim memberi taklimat |
Pengayuh-pengyuh Wanita yg turut serta |
antara basikal jenis "FIXIE" yang mengambil bahagian |
setelah setengah jam berkayuh,pesert berhenti rehat
di Kolam Pancing Kg Seri Cheding.
Di sana para peserta dibekalkan air mineral dan pisang sebagai penambah tenaga
untuk meneruskan kayuhan.
berhenti rehat |
Sedang menikmati buah pisang untuk menambah tenaga |
Antara basikal yang mengambil bahagian |
Selepas 10 minit, para peserta berkayuh dan melalui
2 zon pendakian sebelum tiba di Kg Orang Asli Busut Baru.
Kemudian para peserta terus berkayuh sehingga tiba di Dewan Orang Ramai Kg Jenjarom.
Menuju ke garisan penamat |
Setibanya di dewan terdapat hadiah cabutan bertuah menanti para peserta.
Tahniah kepada yang menang. Dalam masa yagn sama
terdapat juga persembahan silat serta beberapa pertandingan sampingan.
Sebelum pulang, semua pengayuh bergambar bersama YB serta Ketua Kampung
sebagai kenang-kenangan.
Persembahan silat |
Gambar Kenangan |
Pihak Kelab Jom Kayuh turut berbesar hati dan berterima kasuh kepada YB Philip
di atas sumbangan berjumlah RM500 kepada
Kelab Jom Kayuh Jenjarom sebagi penyuntik semangat
kerana beliau juga turut teruja dengan aktiviti berbasikal ini.
No comments:
Post a Comment